Khamis, 18 Februari 2021

KEMAHIRAN PROSES SAINS (MENGELAS)

Assalamulaikum. Apa khabar semua murid 2 Pintar? Cikgu harap kamu semua sihat.

Hari ini kita akan belajar tentang KEMAHIRAN PROSES SAINS (MENGELAS).
Mari tonton video dan kenalpasti bagaimana cara untuk Mengelas.

Selamat menonton.


Terima kasih kerana telah menonton video ini.
Sekarang mari kita lakukan sedikit latihan tentang apa yang telah kamu tonton tadi. Ada 2 tugasan yang perlu disiapkan.

ARAHAN :

Tugasan 1 :

1. Buka Buku Aktiviti Sains mukasurat 3.

2. Rujuk gambar latihan yang cikgu beri dibawah ini.

3. Kelaskan haiwan berdasarkan cara mereka bergerak.

4. Potong dan tampal gambar yang diberi.

5. Kamu boleh rujuk Buku Teks mukasurat 5-7 untuk cara mengelas.

6. Tulis nama pada mukasurat latihan untuk memudahkan semakan. 


Tugasan 2 :

1. Buka Buku Aktiviti Sains mukasurat 4.

2. Rujuk gambar latihan yang cikgu beri dibawah ini.

3. Kenal pasti bagaimana alat muzik dimainkan.

4. Gariskan jawapan sama ada tiup atau pukul.

5. Kelaskan alat muzik mengikut cara permainannya.

6. Kamu boleh rujuk Buku Teks mukasurat 5-7 untuk cara mengelas.

7. Tulis nama pada mukasurat latihan untuk memudahkan semakan. 

8. Hantar tugasan yang sudah siap di Telegram.
Telegram Cikgu Lina :

8. Isikan kehadiran :

Tugasan 1


Tugasan 2

Ribuan terima kasih kepada para waris di atas kerjasama dan masa yang diberikan untuk membantu murid menyiapkan tugasan.

Khamis, 4 Februari 2021

KEMAHIRAN PROSES SAINS (MEMERHATI)

Assalamualaikum.

Apa khabar semua murid Tahun 2 Pintar? Cikgu harap semua sihat sejahtera.

Hari ini kita akan belajar tentang KEMAHIRAN PROSES SAINS (MEMERHATI).
Mari kita tonton video di bawah dan fahami apakah yang dimaksudkan dengan Memerhati dalam Kemahiran Proses Sains.

Selamat menonton.


Terima kasih kerana kamu telah menonton video ini. Sekarang, mari kita lakukan sedikit latihan tentang apa yang telah kamu tonton dalam video tadi.


ARAHAN :

1. Buka buku Aktiviti Sains di mukasurat pertama.

2. Lukiskan sebarang jenis buah yang kamu ada di dalam kotak mukasurat pertama buku aktiviti.

3. Senaraikan ciri-ciri buah yang telah kamu lukis tadi menggunakan semua organ deria.

4. Hantar gambar latihan yang sudah siap di sini :

5. Isikan kehadiran : 


Sekian, terima kasih.

Rabu, 27 Januari 2021

PERATURAN BILIK SAINS

Assalamualaikum.

Apa khabar semua murid Tahun 2 Pintar? Cikgu harap semua sihat sejahtera.

Hari ini kita akan belajar tentang PERATURAN BILIK SAINS.
Mari kita tonton video tentang Peraturan Bilik Sains di bawah.
Kenalpasti apakah peraturan yang perlu dipatuhi dan mengapakah kita perlu mematuhi peraturan Bilik Sains.

Selamat menonton.


Tahniah kerana kamu telah menonton video ini. Sekarang, mari kita lakukan sedikit latihan tentang apa yang telah kamu tonton dalam video tadi.

ARAHAN :
  1. Catatkan nota dalam buku nota Sains tentang Peraturan Bilik Sains seperti yang terdapat dalam video tersebut.
  2. Kamu juga boleh menambah peraturan-peraturan Bilik Sains yang lain yang kamu ketahui.
  3. Rujuk Buku Teks Sains mukasurat 17-22 sebagai panduan.
  4. Hantarkan gambar nota yang sudah lengkap dan jelas kepada cikgu untuk semakan. 

Tuliskan nama pada ruangan komen/ulasan di bawah ini sebagai tanda kamu sudah mengikuti sesi pembelajaran pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 20 Januari 2021