Assalamualaikum.
Apa khabar semua murid Tahun 2 Pintar? Cikgu harap semua sihat sejahtera.
Hari ini kita akan belajar tentang PERATURAN BILIK SAINS.
Mari kita tonton video tentang Peraturan Bilik Sains di bawah.
Kenalpasti apakah peraturan yang perlu dipatuhi dan mengapakah kita perlu mematuhi peraturan Bilik Sains.
Selamat menonton.
Tahniah kerana kamu telah menonton video ini. Sekarang, mari kita lakukan sedikit latihan tentang apa yang telah kamu tonton dalam video tadi.
ARAHAN :
- Catatkan nota dalam buku nota Sains tentang Peraturan Bilik Sains seperti yang terdapat dalam video tersebut.
- Kamu juga boleh menambah peraturan-peraturan Bilik Sains yang lain yang kamu ketahui.
- Rujuk Buku Teks Sains mukasurat 17-22 sebagai panduan.
- Hantarkan gambar nota yang sudah lengkap dan jelas kepada cikgu untuk semakan.
Tuliskan nama pada ruangan komen/ulasan di bawah ini sebagai tanda kamu sudah mengikuti sesi pembelajaran pada hari ini.
Sekian, terima kasih.
Nurul iman amylia
BalasPadam